Wednesday 30 April 2014

Hasil seni kelas PA 3..:)

Antara hasil kerja pelajar-pelajar kelas j-qaf PA 3 pada interaksi kelas November/Disember 2013..kesemua hasil seni ini adalah hak cipta terpelihara..:P
(hasil sentuhan kak Khairunnisa Sakmah @k.yun)..:) yang ni pulak dh x ingt hak milik siapa..hehehe..diharap ianya sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan guru yang dalam mencipta BBM yang comel-comel belaka untuk masa kini & juga akan datang....:)
tak sangka cikgu-cikgu kelas ni semua kreatip2..bsesuaian dgn tema hari guru 2014,,Guru : Pencetus kreativiti, penjana inovasi..(eh, tetibe!!)..:)

Tuesday 29 April 2014

Practicum Project Part II

Assalamualaikum semua..apa khabar??harap2 semua sihat hendaknya. Alhamdulillah diatas setiap nikmat yang Allah berikan pada kita semua pada hari ini serta hari-hari mendatang. Berbalik pada celoteh yang lepas tentang praktikum projek part I, hari ini aku diberi peluang untuk menyambung coretan tersebut. Ianya hanyalah sebuah sudut yang terdapat di dalam bilik J-qaf SKPL. Selamat Menonton..hehee
Inilah hasil kerja selama lebih kurang sebulan yang lalu..tidak lupa kepada mak & ayah yang telah sama-sama bertungkus-lumus dalam menyiapkan projek praktikum ini. .jumpa lagi di lain..:)

Saturday 5 April 2014

Projek Praktikum..Part 1 (``,)

Alhamdulillah..dapat juga saya siapkan projek untuk praktikum kali ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada mak & ayah tersayang (Zaleha bt Salleh & Md Hanaffi b Ridzuan diatas pengorbanan samada dari segi masa, tenaga dan juga wang ringgit (hekhek) selama mana menyiapkan praktikum projekku ini..walaupun tidak dapat ku balas segala pengorbanan tersebut, cukuplah sekadar kejayaan segulung diploma perguruan yang akan ku genggam tidak lama lagi..:P

Walaupun adakalanya aku berasa tidak yakin untuk menyiapkan tugasan ini dan dalam masa yang sama terpaksa menghabiskan masa membuat RPH,,BBM dan mcm2 lg..tetapi dengan dorongan yang telah mak berikan membuatkan aku bangun dari kepompong kemalasan itu..huhuhu..

Projek ini berkisarkan tentang apa yang kita sumbangkan untuk sekolah sebagai  suatu penghargaan sepanjang menumpang menjalani latihan praktikum di sekolah tersebut..selain itu juga ia dijadikan sebagi satu cetusan idea untuk menjadi guru cemerlang  (angan-angan mat jenin) pada masa akan datang..hikhik.:))

jom kita terjah !!

PROJEK 1 ~~ WAQAF IQRA'


Sebelum di cantikkan..Pondok ni asalnya pondok yang disumbangkan oleh..(x ingat nama penyumbang plak..hihi) untuk SKPL..lama dah pondok ni x terusik n dibiar kosong je..bile lecturer bagitau kena buat 1 projek dalam praktikum ni, mak pon terus cadangkan utk hias pondok ni bg cantik n bermanfaat..tq mak atas idea yg diberikan..mmuuaahhh





Taraaa!!!ni la hasil 1st projek yg dapat disiapkan selama lebih kurang sebulan..walaupun ianya tidak seberapa, tapi ianya amat bermakna buat diriku yg kerdil & masih mentah ini..

Nak dijadikan cerita, selama menyiapkan pondok ini, tidak ada setitik hujan  membasahi bumi layang-layang ini..sehinggalah sehari selepas disiapkan, En. Rosli (lecturer penyelia) datang nk tgk projek n  segala bagai instrumen praktikum..dan sampai-sampai je beliau terus ke pondok ni, hujan pon turun dengan selebat-lebatnya. Masa tu jugak dia duduk kat pondok ni utk bbincang ngn guru pembimbing. Boleh pulak air hujan menitik-nitik atas meja tu..hanya Tuhan saje yg tau prasaan ni..dh la die dtg nk menilai, boleh plak bocor!!!!haha..

Tapi xpe, yang penting dia dh tgk usaha yg aku dh buat kt pondok tu..dan die tgk sendiri pondok tu daripada kosong hingga lah berubah wajah yg comelll ini..siap ad doodle muslim & muslimah yg tggu dpan pondok tu..hihihi

aaaakhirnya impianku nk tgk projek ini dah berkesampaian..(eh btol x ayt ni)..mklum la bkn ckgu bm..hihi..segala penat lelah ku selama sebulan ini berakhir dengan kegembiraan..budak2 pon suke la nk dtg kt pondok ni..smpai dh nk abs buku rekod penggunaan pondok ni diisi dengan nama budak2..yg x boleh tahan tu nama 1st yg tertulis dlm buku tu ialah ASMAWI!!haha,,bdk yg paling nakal tp pandai..hehe..bangga jgak la walaupon pnh ajar die sekejap je tahun lepas..

ok la..nmpknye sampai sini dulu entry kali ni..dh azan dh..jom solat asar dlu!!jgn lupe nntikan entry projek praktikum part II akan  datang,,hekhek

Assalamualaikum..

Salam Ukhuwah..

 Assalamualaikum kawan-kawan semua...:)